Kertas Dinding Murah Online
March 22, 2018
Kombinasi Terbaik Design Wallpaper
April 5, 2018
Show all

Cara Pasang Wallpaper Dinding

SEDIAKAN BARANGAN KELENGKAPAN

  1. Pita ukur
  2. Kayu pembaris
  3. Pensil
  4. Tangga (untuk bahagian tinggi)
  5. Baldi berisi air
  6. Span untuk mengelap
  7. Scrapper
  8. Pisau/gunting
  9. Roller untuk menyapu gam

Dinding yang hendak dipasang perlulah mempunyai permukaan yang rata supaya kertas dinding kelihatan cantik dan kemas apabila dipasang. Jika permukaan dinding tidak rata perlu lah di plaster dengan undercoat.  Bagi dinding yang kadar kelembapannya tinggi atau dinding yang berdekatan dengan bilik air haruslah disapu dengan Wall Sealler dulu bagi mengelakkan kertas dinding rosak apabila sudah dipasang. Untuk pemasangan, Anda disarankan menggunakan khidmat profesional. Walaupun nampak mudah, namun pada beberapa keadaan dinding yang retak atau bergelombang, tidak mudah untuk memasang wallpaper sendiri.

Namun jika Anda ingin mencuba sendiri, sebaiknya pilih dinding yang permukaannya halus. Selain itu, pilih ruangan dengan sedikit jendela untuk memudahkan Anda melekatkan wallpaper secara rapi. Dengan menghiasi wallpaper pada dinding ternyata dapat memberi kesan menarik dan lebih luas pada sebuah ruangan. Dan jika Anda ingin mengubah pemandangan interior rumah anda agar lebih fresh, memasang kertas hiasan dinding merupakan pilihan yang tepat.

Selain itu wallpaper juga lebih tahan agak lama, minimal 8 tahun juga kadang-kadang hingga 20 tahun. Berbeza dengan cat yang biasanya hanya tahan dalam 2 tahun sahaja berbanding dengan wallpaper.

Setelah itu, anda perlu mengukur ketinggian dan luas permukaan dinding untuk menentukan jumlah roll (wallpaper) yang diperlukan di bahagian dinding tersebut.  Untuk pemasangan garisan harus dibuat dibahagian tempat di mana kertas dinding Nombor 2 hendak dipasang. Buka pembalut Kertas Dinding dengan berhati-hati dan potong mengikut saiz ketinggian dinding dan cantuman bunga/corak.

Diingatkan sekiranya tinggi dinding rumah anda 10 kaki, Panjang Kertas dinding yang harus dipotong haruslah melebihi sedikit 10′ 5″ kerana kadang-kadang dinding rumah kebanyakkannya tidak selari ketinggiannya. Selepas dipotong haruslah menulis NOMBOR dibelakang kertas mengikut potongan kertas yang pertama hingga terakhir.

Apabila dinding nombor 2 sudah disapu gam, maka anda harus mengambil kertas dinding nombor 2 dahulu dan di tampalkan terus ke dinding. Harus diratakan kertas dinding dengan mengunakan scrapper bagi menolak keluar lebihan gam atau angin semasa menampal Kertas Dinding tersebut. Kemudian anda boleh potong lebihan kertas di atas, tepi dan dibawah mengikut lurus siling dan lantai rumah anda.

Begitulah seterusnya memasang kertas dinding kiri dan kanan mengikut cara-cara yang di sebut tadi dan jangan lupa harus mengikut cantuman corak atau bunga. Apabila proses menampal kertas dinding siap, gunakan span berair untuk membersihkan gam yang tertinggal pada permukaannya.Bagi mengelakkan gam akan kering dan berkerak diatas Kertas Dinding yang sudah siap dipasang nanti.

Cara memasang kertas dinding yang bercorak jalur amat mudah kerana anda tidak perlu menyusun bunga. Jika kertas dinding anda bercorak bunga atau abstrak harus diingatkan supaya mecantumkan kertas tersebut mengikut corak bunga di tepi kiri dan kanan kertas tersebut. Sekiranya terdapat gelembung anda tidak perlu risau kerana iannya akan hilang selepas dua atau tiga hari. Ini adalah disebabkan oleh gam di belakang Kertas Dinding tersebut masih belum kering lagi.

 

Selamat Mencuba. Sekiranya ingin menggunakan khidmat pemasangan dari kami untuk kawasan Terengganu anda boleh hubungi kami di talian 096671396.

 

VIDEO PEMASANGAN WALLPAPER DARI TEAM PESONA PENYERI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *